Generasi kedua (2011-2017) Perodua_MyVi

Perodua Myvi 2011
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran2011–kini
KelasSupermini/subpadat
Stail badanhatchback lima pintu
Enjin1.3 L K3-VE I4
BerkaitDaihatsu Sirion/Boon
Toyota Passo

Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011.[7]

Kelengkapan

Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.

Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.

Prestasi dan keselamatan

Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan; kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.

Rujukan

WikiPedia: Perodua_MyVi http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article... http://www.perodua.com.my/myvi http://www.dsf.my/2018/05/vehicle-of-the-year-2018... http://paultan.org/2011/01/12/perodua-achieves-rec... http://paultan.org/2011/06/16/2011-perodua-myvi-fu... http://paultan.org/archives/2008/08/22/new-perodua... http://paultan.org/archives/2008/10/10/2008-perodu... http://www.mirror.co.uk/news/motoring/hammond/tm_m... https://evomalaysia.com/2019-cars-of-malaysia-resu...